|
Sukacita dimaklumkan bahawa My Livina Club Malaysia (MyLC) telah membuka akaun semasa di Maybank. Oleh itu, berkuatkuasa 01 Oktober 2009, no akaun My Livina Club Malaysia adalah seperti berikut :
Bank : Maybank Islamic Nama : My Livina Club Malaysia No Akaun : 5645-5712-5465
Selaras dengan pembukaan akaun kelab ini, segala bentuk pembayaran yuran atau sumbangan untuk kelab hendaklah dibuat terus ke dalam akaun tersebut dan segala resit atau bukti perbankan hendaklah dihantar ke email mylivinaclub@ymail.com
Tidak ada sesiapa yang dibenarkan untuk membuat atau menerima sebarang pembayaran untuk sebarang aktiviti official, non official, perniagaan ataupun sumbangan yang melibatkan atas nama My Livina Club Malaysia (MyLC) ke dalam akaun individu kecuali mereka yang diberi kuasa untuk melakukannya.
Mulai 1 Oktober 2009 juga semua jenis kutipan adalah melalui akaun kelab MyLivina Club Malaysia. Pihak kelab tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan Undang-Undang Mengikut Perlembagaan dan Sivil bagi mereka yang masih membuat atau menerima pembayaran serta sumbangan ke dalam akaun peribadi.
|